suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gesa Ingkar Sultan Selangor, Pemuda PAS 'Dibooo'

Mohd Sani Hamzan

BATU PAHAT: Pemuda PAS Pusat menggesa supaya parti itu menolak titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah jika wakil rakyat mereka dipilih menjadi menteri besar yang baharu.

Wakilnya, Mohd Sani Hamzan berkata, pendirian menolak titah Sultan Selangor itu selaras dengan janji politik PAS dalam Pakatan Rakyat bahawa kerusi panas itu milik sekutunya iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bagaimanapun cadangan Mohd Sani itu menerima reaksi negatif daripada perwakilan Muktamar Tahunan PAS ke-60 yang bertindak menyorak 'booo' sebagai tanda tidak setuju  dengan saranan berkenaan yang dilihat seolah-olah mahu mengingkari titah Sultan Selangor.

"Pemuda ingin sarankan supaya kita menolak jawatan menteri besar sebab itu janji kita. Tolak sebab setia kita dalam Pakatan Rakyat.

"Setuju atau tidak? Setuju tak?" soalnya sambil dibalas dengan sorakan 'boo' oleh perwakilan hingga mengganggu sesi perbahasan.

Bagaimanapun Pengerusi Tetap, Datuk Abu Kassim Abdullah segera menenteramkan keadaan.

"Minta bertenang kerana kita nak mesyuarat cara Islam. Nak takbir tak apa, sokong pun tak apa," katanya.

Saranan Mohd Sani dilihat bertentangan dengan pendirian sebilangan besar perwakilan yang mengambil pendekatan lebih terbuka apabila menggesa Pakatan Rakyat menerima sebarang keputusan yang akan dibuat Sultan Selangor.

Walaupun mengakui kerusi menteri besar Selangor dipersetujui menjadi milik PKR, namun rata-rata perwakilan mahu PAS supaya tidak mengingkari titah istana.

Muktamar, Sultan Selangor, Pemuda PAS

Artikel Sebelum

Artikel Lain