suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengkalan Kubor: PAS, BN Berebut Gelaran 'Underdog'

PENGKALAN KUBOR: Barisan Nasional (BN) tidak boleh dianggap sebagai parti 'underdog' dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, menurut PAS.

Pengarah Operasi parti itu bagi PRK Pengkalan Kubor, Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah berkata, gelaran 'underdog' adalah milik PAS kerana BN sudah menang tiga kali di DUN tersebut dan mendahului dengan majoriti 1,700 undi.

"Dia (BN) tak boleh kata dia 'underdog', dia juara bertahan sudah tiga kali menang, kalau orang putih kata 'hatrik'.

"Itu (gelaran) hak kita, dia tak boleh minta izin nak jadi 'underdog'. Dia (BN) sedang mendahului dengan 1,700 undi," katanya pada sidang media PRK Pengkalan Kubor di Markas Besar PAS di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengarah Jawatankuasa PRK DUN Pengkalan Kubor Datuk Seri Mustapa Mohamed pada Khamis yang berkata BN adalah parti 'underdog' dan tidak pernah berkata yakin untuk menang.

Mustapa berkata, PAS di Kelantan mempunyai kelebihan sebagai kerajaan negeri dan menang di tiga DUN di Parlimen Tumpat Yang turut dimiliki PAS, tetapi  BN mempunyai asas kukuh untuk menang kerana kekuatan calon, jentera dan parti.

Tiga DUN tersebut ialah Wakaf Baru, Kelaboran dan Pasir Pekan.

Wan Abd Rahim berkata, walaupun ketinggalan dengan majoriti undi yang agak banyak, PAS akan cuba menggerakkan jenteranya sebaik mungkin.

Katanya, dengan jentera pilihan raya Pengkalan Kubor yang terbaik di Kelantan dan gandingan tiga cabang utama iaitu Ulama, Pemuda dan Muslimat, beliau yakin BN mampu memberi saingan.

Beliau menambah, dalam tempoh enam hari kempen, PAS dilihat mempunyai peluang untuk menang.

"Peluang masih seimbang di antara PAS dan BN. Hari demi hari kita cuba gerakkan jentera dan yakin sampai satu masa kita akan mendapat majoriti walaupun kecil untuk mendahului menuju hari mengundi pada 25 September," katanya.

Mengenai kempen, beliau berkata ia dilakukan dalam keadaan 'low-profile' tanpa banyak publisiti.

Katanya, sehingga kini Muslimat PAS dan Wanita PKR telah berkunjung ke hampir 2,800 rumah untuk berkempen.

Pengkalan Kubor, BN, PAS

Artikel Berikut

Artikel Lain