suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hadi Yakin Krisis PAS-PKR-DAP Dapat Diselesaikan

BATU PAHAT: Disebalik krisis berpanjangan yang dihadapi Pakatan Rakyat berhubung isu menteri besar Selangor, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap yakin masalah itu boleh diselesaikan segera.

Menurut beliau, hubungan PAS bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dijangka pulih selepas isu pelantikan menteri besar berjaya diselesaikan sedikit masa lagi.

"Yakin, yakin boleh selesai dengan baik. Sudah tentu kita ada jalan keluar.

"Itu masalah yang perlu diselesaikan. Umno juga ada masalah. Tak ada yang tiada masalah. Cuma macam mana kita nak selesaikan masalah itu," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini.

Pakatan Rakyat berhadapan krisis politik terutama membabitkan pertukaran jawatan kerusi menteri besar Selangor.

Sejak isu berkenaan timbul, PAS dilihat mengambil jalan bertentangan dengan PKR dan DAP terutama mengenai pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar.

Justeru pimpinan PAS termasuk Abdul Hadi sendiri menerima 'serangan' daripada ahli dan pemimpin PKR dan DAP kerana didakwa membelakangkan Pakatan Rakyat.

Sementara itu, ketika diminta mengulas sama ada PKR dan DAP mengkhianati syarat tahaluf siayasi atau kerjasama politik yang diluluskan Majlis Syura Ulama PAS, Abdul Hadi berkata: "Kita mempunyai syarat yang longgar. Masing-masing boleh menganut ideologi sendiri.

"Tidak berlaku lagi (pelanggaran) perkara dasar."


PAS, PKR, DAP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain