suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan Negeri Adakan Raptai Terima Kepulangan Abu Mayat MH17

GEORGE TOWN:  Kerajaan negeri Pulau Pinang akan mengadakan majlis raptai bagi persiapan istiadat penghormatan penerimaan mayat tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Jabatan Penerbangan Awam (DCA) di Bayan Lepas pada Isnin.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Phee Boon Poh berkata majlis raptai di DCA Pulau Pinang itu akan diadakan pada pukul 10 pagi untuk melihat pergerakan tiga abu mayat yang dijangka dibawa balik kenegeri ini Selasa ini.

Katanya majlis raptai itu turut diadakan di perkarangan Gereja St Anne di Bukit Mertajam pada pukul 2 petang Isnin.

"Setakat ini, kerajaan negeri dimaklumkan tiga abu mayat mangsa pesawat MH17akan dibawa balik ke Pulau Pinang. Mereka ialah sepasang suami isteri Loh YanHwa dan suaminya Fan Shun Po serta pramugara Sanjid Singh. "

Loh berasal dari Greenlane manakala suaminya yang merupakan warga Hong Kong akan turut disemadikan di sini (Pulau Pinang), manakala abu Sanjid yang berasal dari Alma, Bukit Mertajam akan dibawa balik ke sana untuk upacara keagamaan sebelum disemadikan," katanya.

Phee berkata kerajaan negeri dimaklumkan tiga abu berkenaan dijangka tiba pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari Selasa ini dan terdahulu majlis istiadat penghormatan akan diadakan di di Kompleks Bunga Raya, Lapangan TerbangAntarabangsa Kuala Lumpur sebaik pesawat yang membawa jenazah kumpulan ketiga mangsa pesawat berkenaan tiba.

Katanya 30 anggota keluarga Fan dari Hong Kong akan turut menyambut 'kepulangan' lelaki itu di Pulau Pinang.

"Setakat ini mayat ibu Loh, Tan Siew Poh yang turut terkorban dalam nahas itu masih belum dapat dikenal pasti," katanya. 

MH17, DCA, raptai, kerajaan Pulau Pinang

Artikel Lain