suria

Najib Hargai Kehadiran Rakyat Sambut Hari Kemerdekaan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan penghargaan kepada warga Malaysia daripada segenap lapisan masyarakat yang hadir menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka pada Ahad. 

"Syabas dan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang dengan penuh semangat memeriahkan perarakan Hari Kemerdekaan ke-57 pagi tadi," kata perdana menteri menerusi catatan di laman Facebook beliau.

Dataran Merdeka dan kawasan sekitarnya dibanjiri masyarakat pelbagai kaum yang datang menyaksikan perbarisan dan perarakan itu.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenaan berangkat menyaksikan acara itu.

Dalam pada itu, Najib menarik perhatian bahawa kemerdekaan negara bermula dengan perjuangan Raja-Raja Melayu, barisan pemimpin terdahulu dan seluruh rakyat Malaysia.

"Kita tidak boleh alpa kerana semua yang kita kecapi hari ini tidak berlaku dengan semena-mena," kata beliau. 

Artikel Lain