suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MTUC Tawar Diri Untuk Kerjasama Dengan Majikan Dan Kerajaan

Khalid Atan (tengah).

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)  menawarkan diri untuk bekerjasama dengan majikan dan Jabatan Tenaga Kerja untuk menyelesaikan aduan yang dibangkitkan pekerja asing. 

Presiden MTUC Khalid Atan memberitahu Bernama langkah ini akan turut membantu mengekalkan keharmonian perindustrian di negara ini.

Beliau mengulas dakwaan rusuhan oleh 800 pekerja Nepal di kilang JYC HDD Technology Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Kelapa Sawit, Johor, awal minggu ini.

Insiden serupa turut dilaporkan di cawangan syarikat itu di Kawasan Perindustrian Tebrau.

Khalid berkata MTUC mendapat aduan bahawa pekerja terbabit didakwa dianiayai dan ada antara mereka tidak dibayar gaji empat bulan.

Bagaimanapun, Khalid berkata ini tidak bermakna MTUC membiarkan keingkaran atau tindakan merusuh dilakukan pekerja, sebaliknya sentiasa menggalakkan pekerja supaya "melindungi hak mereka menerusi saluran perundangan."

MTUC, pekerja asing

Artikel Lain