suria

Pemecatan Khalid: Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Beri Penjelasan Kepada ROS

Kee Kwong menunjukkan kenyataan akhbar mengenai pemecatan Khalid sebagai ahli seumur hidup PKR, baru-baru ini.
PUTRAJAYA: Pengerusi Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Tan Kee Kwong tiba di pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) di sini, kira-kira pukul 11 pagi Khamis.


Beliau hadir untuk memberi penjelasan kepada ROS berhubung pemecatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, 9 Ogos lalu.

Kee Kwong yang ditemui pemberita bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan hanya akan memberi kenyataannya selepas selesai pertemuan itu nanti.

Terdahulu, beliau memberitahu telah menerima surat daripada ROS pada Selasa lalu yang memintanya untuk hadir ke pejabat badan itu pada 21 Ogos lalu.

Namun, pertemuan itu ditangguhkan ke hari ini (Khamis).

Menurutnya, beliau diminta menyediakan laporan mengenai tarikh Khalid dipecat, komposisi Lembaga Disiplin PKR dan buku kehadiran ahli jawatankuasa pusat PKR yang hadir semasa keputusan pemecatan dibuat.

Artikel Lain