suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wan Azizah Layak, Bukan Sebab Beliau Isteri Saya - Anwar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dinamakan sebagai calon tunggal bagi jawatan menteri besar Selangor yang baharu bukan disebabkan beliau merupakan isteri kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya Anwar sendiri berkata, pemilihan Dr Wan Azizah dibuat kerana beliau merupakan Presiden PKR dan mempunyai kelayakan bagi jawatan tersebut.

"Beliau mempunyai rekod sebagai bekas Ketua Pembangkang dalam Parlimen Malaysia," katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, Rabu.

Katanya lagi PKR dan DAP mengakui fakta bahawa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah meminta lebih daripada dua nama bagi calon menteri besar.

"Saya rasa ia telah dijelaskan dengan sewajarnya menerusi kenyataan oleh PKR dan DAP," katanya

Anwar berkata pada masa lalu, PAS, PKR dan DAP mengemukakan hanya satu nama kepada istana untuk dipertimbangkan.

Jadi beliau berkata itulah sebabnya kali ini PKR dan DAP turut hanya mengemukakan satu nama untuk dipersetujui.

Kepada soalan sama ada beliau takut PAS mengemukakan nama lain selain Dr Wan Azizah, beliau berkata persetujuan dalam Pakatan Rakyat jelas bahawa jawatan itu adalah hak PKR.

"Satu-satunya perkara yang boleh saya katakan ialah kita perlu menghormati keputusan itu dalam semangat pakatan dan PAS turut mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan," katanya.

Mengenai persoalan mengapa kenyataan bersama PKR dan DAP bagi menyokong Dr Wan Azizah tidak ditandatangani oleh PAS, Anwar berkata beliau berharap perkara itu akan diselesaikan.

Artikel Lain