suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rafizi Beri Keterangan Polis Berhubung Kenyataan Perkauman

Rafizi Ramli
KAJANG: Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli memberikan keterangan berhubung kenyataannya yang didakwa bersifat perkauman pada Januari lepas, di Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Kajang, Rabu.

Beliau dilihat memasuki IPD Kajang kira-kira pukul 3.50 petang dan beredar setengah jam kemudian dengan diiringi peguam Lawyers for Liberty (LFL), Eric Paulsen.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Rafizi berkata, polis memberitahunya bahawa kenyataannya itu adalah yang terakhir dan kertas siasatan sudah hampir selesai.

Rafizi disiasat berkaitan kandungan kenyataannya yang disiar akhbar The Edge Malaysia yang bertajuk 'Will Rafizi Quit if Selangor is not toppled?'.

Di dalam kenyataannya itu, Rafizi dikatakan cuba mewujudkan perbalahan kaum dan agama di Selangor semasa gerakan oleh badan bukan kerajaan Islam dan Umno Selangor untuk membantah di luar gereja Kristian berhubung penggunaan perkataan 'Allah' bagi Tuhan.

Artikel Lain