suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jenazah Adun Pengkalan Kubor Tiba Di Tumpat Jumaat Malam

Allahyarham Datuk Noor Zahidi.

KOTA BAHARU: Jenazah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar dijangka tiba di Pasir Pekan, Tumpat pada Jumaat malam.

Timbalan Ketua Umno bahagian Tumpat, Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz berkata jenazah dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa kira-kira pukul 9 malam.

Sebelum itu jenazah dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang dari Guangzhou, katanya.

Beliau berkata proses membawa pulang jenazah dari Pengkalan Chepa ke rumah Allahyarham di Pasir Pekan akan dilakukan pihak tentera.

Noor Zahidi, 57, meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou pada Rabu.

Allahyarham merupakan Adun Pengkalan Kubor selama tiga penggal dan Ketua Umno bahagian Tumpat selama empat penggal.


Adun, Tumpat, Pengkalan Kubor

Artikel Lain