suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MH17: Bendera Jepun Dikibar Separuh Tiang Pada Jumaat

KUALA LUMPUR: Bendera negara Jepun akan turut dikibar separuh tiang di canselori dan kediaman duta Jepun sempena istiadat penghormatan jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 esok.

Bagi pihak kerajaan dan rakyat Jepun, pihak kedutaan melahirkan takziah kepada kerajaan dan rakyat Malaysia terutama kepada keluarga penumpang dan anak kapal pesawat.

"Hati dan perasaan kami sentiasa bersama kerajaan dan rakyat Malaysia dalam masa kesedihan ini dan kami bersedia menghulurkan sebarang bantuan jika diperlukan," kata pihak kedutaan dalam satu kenyataan.

Kumpulan pertama 20 jenazah akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan pesawat khas dari Amsterdam kira-kira 10 pagi.

Pesawat Malaysia Airlines berkenaan dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai dan mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal termasuk 43 rakyat Malaysia.


MH17, Jepun

Artikel Berikut

Artikel Lain