suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Exco PAS Terus Berkhidmat, Tunggu Keputusan Mesyuarat Ahad Ini

Iskandar Abdul Samad
SHAH ALAM: Keempat-empat ahli exco dari PAS tidak akan meletak jawatan sehingga keputusan terbaharu mengenainya diputuskan dalam mesyuarat PAS Pusat pada Ahad ini.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad berkata, buat masa mereka (exco PAS) akan terus memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

"Sekarang kami kekal sebagai exco sehingga keputusan mesyuarat (PAS Pusat) pada 17 Ogos nanti.

"Kami juga akur dengan keputusan yang diperkenan Tuanku (Sultan Selangor) dan akan teruskan kerja seperti biasa," katanya kepada pemberita di Lobi Bangunan SUK di sini, petang Selasa.

Jelas Iskandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chempaka, beliau berada di sini bagi menghadiri mesyuarat dengan Khalid bagi membincangkan mengenai isu perumahan dan tiada kena mengena dengan kemelut menteri besar.

"Ya, saya ada mesyuarat dengan menteri besar petang ini berkaitan perumahan," katanya.

Malah, Iskandar berkata, beliau akan menghadiri mesyuarat exco bersama menteri besar yang diadakan pada Rabu.

PAS Pusat, Iskandar Abdul Samad

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain