MB Selangor: Azmin Layak - Semasa | mStar

MB Selangor: Azmin Layak

Siapa antara mereka yang bakal mengisi kerusi panas Menteri Besar Selangor.
PETALING JAYA: Drama komplot menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semakin rumit apabila Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menggesa supaya Pengerusinya, Mohamed Azmin Ali dinamakan sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.


Gesaan itu muncul sehari selepas sekumpulan pimpinan pusat, negeri dan cabang PKR Selangor yang diketuai Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menyatakan sokongan terhadap Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal jawatan kontroversi itu.

Lebih mengelirukan apabila Zuraida yang sebelum ini diketahui berada dalam 'kem Azmin' menafikan sekeras-kerasnya kenyataan bahawa MPN Selangor mahu Timbalan Presiden PKR itu diangkat sebagai calon Menteri Besar.

Bagaimanapun, menerusi kenyataan terbaharu MPN Selangor pada Khamis yang ditandatangani Ketua Penerangan, Shuhaimi Shafiei dan Setiausahanya, Amiruddin Sa'ari dengan jelas menyebut supaya kepimpinan PKR Pusat mempertimbangkan nama Azmin sebagai calon alternatif.

Shuhaimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Muda ketika dihubungi mStar Online mengesahkan kesahihan kenyataan MPN Selangor yang diedarkan hari ini yang menyebut "kenyataan media PKR Selangor yang sepatutnya dibacakan semalam semasa sidang akhbar pada 6 Ogos 2014 di Ibu Pejabat Parti."

"Ramai pimpinan dari selangor berpendirian bahawa pimpinan tertinggi PKR harus memberi ruang untuk membenarkan nama seorang lagi Adun dari Selangor diangkat dan dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebagai calon kedua Menteri Besar Selangor.

"Mohamed Azmin Ali juga mempunyai kelayakan yang wajar dipertimbangkan. Nama beliau bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah layak dibincangkan dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebagai persediaan sekiranya berlaku sesuatu di luar jangkaan," kata MPN Selangor menerusi kenyataan pada Khamis.

Menurut kenyataan itu lagi, sokongan supaya Azmin turut dinamakan sebagai calon Menteri Besar menerima sokongan sebahagian besar pimpinan kanan PKR termasuk lapan Pengerusi MPN iaitu dari Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu, Kelantan dan Sarawak.




Azmin Ali , Menteri Besar Selangor , MPN

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Syabu Ditemui Dalam Tumit Kasut Wanita

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain