suria

Khalid Kunci Mulut

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil pendekatan mengunci mulut  berhubung jawapan surat tunjuk sebab dan tindakan Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadapnya.‪

Sebaliknya, beliau hanya berkata, akan menjawab kesemua dakwaan secara bertulis sebelum pukul 10 pagi Jumaat.

"Saya akan menjawab surat itu lepas habis program ini. Buat masa ini saya tak nak beritahu apa jawapan saya," katanya ketika ditemui pemberita semasa program Solat Hajat Perdana  di kediaman rasminya di sini, malam Khamis.‬‪

Pada Selasa lalu, Lembaga Disiplin PKR meminta Khalid menjawab surat tunjuk sebab gara-gara mengingkari keputusan Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang memintanya meletak jawatan sebagai menteri besar.‬‪

Malah, Khalid pada Khamis turut diarahkan Lembaga Disiplin PKR untuk hadir ke sesi pendengaran lembaga itu esok (Jumaat).

‬‪Ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, Khalid bagaimanapun berkata, beliau belum membuat sebarang keputusan sama ada akan menghadap lembaga disiplin parti atau tidak.

‬‪"Saya tidak pasti lagi akan hadir atau tidak tapi saya akan jawab surat tunjuk sebab itu," katanya.


Artikel Lain