MH17: Keselamatan Semakin Merosot, Belanda Tangguh Misi Carian - Semasa | mStar

MH17: Keselamatan Semakin Merosot, Belanda Tangguh Misi Carian

Mark Rutte
THE HAGUE: Pakar antarabangsa pada Rabu menangguhkan carian dan penyelidikan mereka di lokasi nahas MH17 kerana keselamatan yang semakin merosot di timur Ukraine, kata Perdana Menteri Belanda Mark Rutte.

"Tidak masuk akal untuk ia diteruskan dalam keadaan seperti ini," kata pemimpin Belanda pada sidang akhbar di The Hague.

Rutte berkata ketegangan yang semakin meningkat antara Kiev yang bertempur dengan puak pemisah pro-Rusia di kawasan tersebut telah menjadikan kawasan itu sangat tidak selamat untuk meneruskan usaha mencari mayat mangsa.

"Ia diputuskan tanpa mengatakan bahawa Australia dan Malaysia serta Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah bersama-sama dengan kami mengenai isu ini," kata Rutte.

"Kami telah melakukan apa yang termampu dalam keadaan tertentu," katanya.

Penerbangan yang mengandungi sejumlah besar barang-barang peribadi mangsa dijangka tiba di Belanda, pada Khamis, umum Rutte.

Ini termasuk album foto, barang kemas, kamera, komputer riba, pasport dan mainan.

Seramai 298 penumpang dan anak kapal terbunuh apabila pesawat Boeing 777 yang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah ditembak jatuh di ruang udara, tiga minggu lepas. 

Amerika Syarikat berkata pemberontak menembak jatuh kapal terbang dengan peluru berpandu permukaan yang mungkin dibekalkan oleh Rusia, tetapi Moscow dan pemberontak menyalahkan tentera Ukraine.

Pada Isnin, pakar-pakar Malaysia menyertai polis Belanda dan Australia untuk kali pertama ketika mereka terus berada di kawasan kawasan itu bagi mengesan mangsa.

Setakat ini, 228 keranda dengan mayat telah diterbangkan ke Belanda, negara yang mempunyai paling banyak mangsa dalam nahas 17 Julai dan menjadi tempat di mana proses pengenalan dan penelitian mayat dilakukan.

Siasatan terhadap kemalangan itu telah berkali-kali ditangguhkan kerana pertempuran di rantau ini.

"Kita perlu menghentikan misi pada masa ini, tetapi kami akan meneruskannya sebaik sahaja keadaan mengizinkan," kata Menteri Luar Belanda Frans Timmermans pada halaman rasmi Facebooknya. 

Keselamatan Jadi Keutamaan 

Pada hari Rabu, penyiasat Belanda, Australia dan Malaysia telah mendapatkan bantuan daripada penduduk kampung tempatan dengan menyampaikan risalah di kampung kecil berdekatan Rozsypne.

Risalah tersebut meminta penduduk kampung untuk membantu mencari mayat mangsa dan barang-barang peribadi serta untuk memberitahu apa yang mereka lihat atau alami semasa nahas, menurut Kementerian Keadilan Belanda dalam satu kenyataan di The Hague.

Kemudian satu lagi kenyataan dikeluarkan dengan memetik ketua misi polis Belanda di Ukraine, Pieter-Jaap Aalbersberg sebagai berkata keadaan keselamatan yang merosot menyebabkan "anggota polis dan pakar-pakar tidak lagi boleh melakukan kerja mereka dengan selamat."

"Hari ini keselamatan warga kami adalah keutamaan kami. Ini telah diserlahkan lagi pada hari ini (Rabu) apabila tembakan kecil dilepaskan dekat oleh pasukan carian," kata Aalbersberg, memaksa pakar-pakar untuk berpindah ke lokasi yang selamat.

Aalbersberg mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung tempatan untuk bantuan mereka tetapi berkata "Pasukan kami kecewa apabila tidak boleh menyelesaikan tugas penting." 

"Pada masa yang sama, kami gembira dapat untuk menemui semula mayat manusia dan barang-barang peribadi," katanya.
MH17 , Mark Rutte

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain