suria

Isu MB Selangor: Media Difitnah

Wartawan yang menjalankan tugas turut berdepan risiko difitnah. Gambar Hiasan.
PETALING JAYA: Dalam situasi kelam kabut selepas dua kenyataan media berbeza dikeluarkan berhubung isu calon Menteri Besar Selangor, ada pihak mendakwa petugas media mengedarkan satu daripada kenyataan berunsur sabotaj itu.


Dakwaan tanpa usul periksa itu dibuat Ketua Cabang PKR Tanjong Karang, Mohd Yahya Mah Shari.

"Anda yang terima, siapa yang edar? Mungkin juga wartawan edar sebab kita duduk depan," katanya ketika ditemui pemberita berhubung salinan kenyataan media kedua itu.

Kenyataan tersebut turut menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan wartawan yang membuat liputan sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Bagaimanapun selepas ditempelak wartawan, Mohd Yahya menarik balik kenyataannya.

"Kita tak salahkan wartawan, bukan tuduh sebab yang duduk dibelakang adalah wartawan. Ala, awak ni... itu gurau saja tadi," katanya.

Beliau turut meminta wartawan supaya menggunakan kenyataan rasmi mengenai sokongan bersama kepimpinan PKR Selangor yang menyokong Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar di negeri itu  yang dikeluarkan oleh Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.

"Wartawan ambil kenyataan dari sumber rasmi saja,  yang tak rasmi tak perlu buatlah," kata Yahya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain