suria

MH17: Najib Bincang Dengan PM Belanda Mengenai Akses Lokasi Nahas

Bangkai pesawat MH17 di lokasi nahas di timur Ukraine.

AMSTERDAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini untuk membincangkan dengan rakan sejawatnya dari Belanda, Mark Rutter mengenai jaminan keselamatan akses ke lokasi nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 di timur Ukraine.

Najib akan bertemu dengan Rutte di The Hague dan selepas itu mereka akan mengadakan sidang akhbar bersama.

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, kemudiannya akan bertolak ke Hilversum di mana merupakan tempat proses pengecaman dan forensik dilakukan terhadap mayat mangsa nahas.

Beliau akan diberi taklimat mengenai pengecaman mangsa bencana (DVI) oleh Ketua DVI Arie de Bruin dekat pangkatan tentera.


MAS, MH17, Najib Tun Razak, Mark Rutte

Artikel Lain