suria

Berusaha Wujud Pekerjaan, Bukan Cari Pekerjaan

KUALA LUMPUR: Pengerusi Eksekutif QI Group of Companies, Datuk Seri Vijay Eswaran, menggesa graduan tempatan supaya berusaha menjadi pewujud pekerjaan, bukan pencari pekerjaan, sambil menegaskan bahawa seseorang itu boleh menjadi usahawan sama ada secara bersendirian atau secara berkumpulan melalui pengetahuan, usaha gigih dan keyakinan diri.

Vijay berkata sumbangan oleh graduan tempatan akan menjadi lebih bermakna hanya sekiranya mereka muncul sebagai pewujud pekerjaan, dan tidak terus hanya menjadi pencari pekerjaan.

Beliau berkata graduan tempatan sering kali menumpukan pemikiran mereka untuk mencari pekerjaan, dan ini berbeza dengan rakan-rakan mereka dari China.

"Di China, 70 peratus daripada pelajar lepas universiti tidak berminat terhadap pekerjaan, tetapi lebih memberikan tumpuan kepada usaha mewujudkan pekerjaan, tetapi ini adalah sebaliknya di India dan banyak negara lain," kata beliau semasa Konvensyen Pembangunan Modal Insan yang berlangsung di Universiti Malaya baru-baru ini.

Vijay juga menasihati pelajar-pelajar mencipta jenama perniagaan bagi diri sendiri dan membuat keputusan yang betul dalam perniagaan kerana dunia telah menjadi sebuah perkampungan global.

Beliau menegaskan bahawa peningkatan pengetahuan yang berterusan, penguasaan bahawa Inggeris, sikap tidak mudah berputus asas dan kesanggupan untuk membalas jasa masyarakat merupakan syarat-syarat untuk menjadi usahawan yang berjaya.

"Anda perlu memilih laluan yang menempatkan anda sebagai pengeluar dan bukan pengguna modal. Menjadi usahawan bukanlah semata-mata untuk mencari keuntungan, sebaliknya mewujudkan

Graduan, Universiti, China

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain