suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shahul Hameed Mohon Maaf Kepada Kaum India

BUKIT MERTAJAM: Penceramah bebas Shahul Hamid Seeni Mohd hari ini meminta maaf secara terbuka kepada kaum India berikutan ceramah agamanya yang dikatakan menghina kaum tersebut.

Shahul Hamid berkata, beliau berharap diberi peluang untuk memperbaiki diri atas kesilapannya itu.

"Saya mohon maaf...Saya sedar juga berasal usul dari India dan tidak sepatutnya menghina agama dan kepercayaan mereka," katanya kepada pemberita untuk memberi penjelasan terhadap isu itu yang semakin panas di sini.

Shahul Hamid berkata beliau sanggup bertemu pemimpin kaum India untuk meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perkara sedemikian.

"Saya harap semua laporan polis terhadap saya dapat ditarik balik dan tidak ada tindakan diambil terhadap saya," katanya.

Shahul Hamid ditahan pada pukul kira-kira 9.04 pagi tadi di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah tetapi keluar dengan jaminan polis.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan ceramah Shahul Hamid itu tidak mewakili pandangan parti itu walaupun beliau merupakan seorang anggota parti. 


Penceramah, India

Artikel Lain