suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MH17: Baki 80 Mayat Masih Di Lokasi Nahas

CANBERRA: Menteri Luar Australia, Julie Bishop berkata, baki 80 mayat daripada 298 mangsa yang terbunuh dalam insiden pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 terhempas masih berada di lokasi nahas.

Bagaimanapun katanya, tindakan Rusia mungkin mengecewakan usaha polis Belanda dan Australia untuk mengumpul baki mayat mangsa nahas itu.

Dakwa Bishop, beliau kuatir Rusia mungkin menjadi dalang terhadap usaha menyekat akses pasukan polisi ke lokasi pesawat itu terhempas.

Bagaimanapun Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata mungkin terlalu awal untuk semua pihak membuat penilaian mengenai perkara itu.

Menurut Bishop lagi, peranan utama polis adalah untuk mengumpul baki mayat namun pada masa sama bagi mendapatkan bukti mengenai pihak yang melepaskan tembakan roket terhadap pesawat itu.

Buat masa katanya, puak pemisah adalah suspek utama.

"Saya takut Rusia bertindak untuk melemahkan proses ini. Kami mempunyai sokongan yang kuat dari kerajaan Ukraine namun pertempuran dengan puak pemisah masih berlanjutan dan tidak ada gencatan senjata," kata Bishop.
MAS, MH17

Artikel Berikut

Artikel Lain