suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

2 Empangan Di Selangor Di Bawah Paras Minimum

KUALA LUMPUR: Paras air di dua daripada lapan empangan di Selangor masih di bawah paras minimum 55 peratus walaupun pelan catuan bekalan air ditamatkan pada April lepas.

Menurut statistik laman web Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) www.iwrims.luas.gov.my setakat 8 pagi ini paras air di dua empangan yang masih di bawah paras minimum ialah Sungai Selangor (33.46 peratus) dan Sungai Tinggi (47.39 peratus).

Enam empangan lain telah melepasi paras minimum dengan Empangan Batu mencatatkan jumlah takungan tertinggi iaitu 82.99 peratus, diikuti Semenyih (77.87 peratus), Klang Gates (70.66 peratus), Tasik Subang (67.14 peratus) Langat (63.26 peratus) dan Kolam Takungan Sungai Labu (59.57 peratus).

Pada Februari lepas kerajaan negeri Selangor melaksanakan program catuan air secara bergilir di seluruh negeri bagi mengimbangi bekalan air di beberapa buah kawasan ekoran musim kering melampau.


Selangor, Luas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain