suria

MIC Tuntut Pendakwah Mohon Maaf

KUALA LUMPUR: MIC pada Khamis menuntut seorang pendakwah memohon maaf kerana didakwa menghina agama Hindu dalam ceramahnya.

Presidennya Datuk Seri G. Palanivel berkata Shahul Hameed Seeni Mohd "perlu meminta maaf kerana kenyataannya itu yang bersifat menghina".

Dalam kenyataannya, Palanivel, yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, berkata di Malaysia, setiap orang menghormati agama satu sama lain dan oleh itu, Shahul Hameed tidak sepatutnya mengkritik atau menghina agama Hindu dan penganutnya.

"Perlu diambil perhatian bahawa di Malaysia, orang beragama Islam, Buddha, Kristian dan Hindu menghormati agama orang lain. Oleh itu, kenapa beliau menghina penganut Hindu dan agama Hindu?' tanya beliau.

Semalam, wakil MIC, PPP dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Hindu di Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap Shahul Hameed, yang mereka dakwa mengeluarkan kenyataan provokatif dan bersifat perkauman terhadap penganut agama Hindu.

Klip video menunjukkan Shahul Hameed membuat kenyataan itu dimuat naik dalam YouTube dan selepas itu satu klip menunjukkan beliau memohon maaf pula tersebar.

MIC

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain