suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Maklumat Perintah Berkurung Sabah Didedah 3 Ogos

KOTA KINABALU: Butiran mengenai pelanjutan perintah berkurung dari waktu senja ke subuh di pantai timur Sabah akan didedahkan dalam masa beberapa hari.

Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, Pengarah Keselamatan dan Ketenteraman Awam Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Abdul Rashid Harun akan mendedahkan butiran mengenai lanjutan perintah itu pada 3 Ogos ini.

"Beliau (Abdul Rashid) yang akan bertanggungjawab memaklumkan butiran mengenai lanjutan perintah berkurung itu," kata Jalaluddin.

Pada 25 Julai lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan bahawa perintah berkurung, yang berkuat kuasa pada 19 Julai, akan dilanjutkan untuk memastikan keselamatan penduduk dan menghalang kemungkinan berlakunya pencerobohan.

Perintah berkurung yang dikuat-kuasakan sebelum ini bakal berakhir pada 2 Ogos.

Arahan itu meliputi enam daerah iaitu Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna, Kunak dan Tawau.
Perintah Berkurung Sabah, Esscom

Artikel Berikut

Artikel Lain