suria

Kualiti Udara Di Seluruh Negara Catat Peningkatan

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di seluruh negara mencatatkan peningkatan pada Khamis dengan tiada kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 8 pagi ini berbanding dua kawasan pada Rabu.

IPU di Sibu dan Sri Aman di Sarawak, yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat semalam, berada pada paras sederhana, masing-masing 95 dan 82, setakat 8 pagi ini, menurut portal Jabatan Alam Sekitar.

Tujuh belas lagi kawasan turut mencatatkan bacaan IPU sederhana iaitu Bakar Arang, Sungai Petani di Kedah (61); Jalan Tasek, Ipoh (51), Kg Air Putih, Taiping (61), SK Jalan Pegoh, Ipoh (55), Seri Manjung (54) di Perak.

Prai (52), Seberang Jaya 2, di Prai (59), USM (53) di Pulau Pinang; Bintulu (57), ILP Miri (55), Kuching (61), Miri (63), Samarahan (75) dan Sarikei (55) di Sarawak; Pelabuhan Klang (52) di Selangor; Cheras (56) di Kuala Lumpur dan Labuan (54).

Menurut portal itu, kualiti udara baik dicatatkan di 30 kawasan.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa di kawasan masing-masing.


Malaysia, Jerebu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain