suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MH17: Data Kotak Hitam Sah, Tidak Diusik

THE HAGUE: Pasukan penyiasat Belanda berhubung kes pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine berkata pihaknya sudah memuat turun data kotak hitam dan mendapati perakam datanya tidak pernah diusik.

"Pihak kami tidak temui bukti atau tanda-tanda manipulasi terhadap perakam itu," kata Lembaga Keselamatan Belanda (OVV) dalam kenyataan.

"Data berjaya dimuat turun dan perakam data penerbangan itu mengandungi data sah penerbangan," katanya.

Pada Rabu OVV berkata mereka berjaya memuat turun rakaman dari kotak hitam perakam suara kokpit.

Alat perakam berkenaan, yang diperoleh daripada serpihan di timur Ukraine, kini dianalisa di ibu pejabat Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB)di Farnborough, di barat daya London.

Pakar AAIB ditugaskan mendapatkan maklumat daripada perakam suara kokpit itu, yang mendedahkan perbualan juruterbang selama beberapa jam.

Kotak hitam itu - yang sebenarnya berwarna oren - dihantar ke Farnborough oleh OVV, yang mengetuai penyiasatan antarabangsa berhubung pesawat yang terhempas itu, yang mengakibatkan 298 orang maut, 193 daripada mereka warga Belanda.
MH17, MAS, Kotak Hitam

Artikel Lain