suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Kilang Di Desa Tun Razak Hangus Dalam Kebakaran

-Gambar hiasan.
KUALA LUMPUR: Dua buah kilang melibatkan kilang pembuat pakaian dan barangan alat gantian kenderaan di Desa Tun Razak di sini kerugian jutaan ringgit apabila hangus dijilat api dalam satu kebakaran pada Khamis malam.

Penguasa Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Muhd Izwan Arief Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan pada kira-kira 10.24 malam semalam dan tiba di lokasi lima minit kemudian.

Katanya, lebih dari 100 anggota dari sembilan balai bomba termasuk dari Kajang dan Jalan Hang Tuah di sini dikerah ke tempat kejadian dan berjaya mengawal api dari terus merebak ke kawasan kilang lain berhampiran.

"Kebakaran itu bermula dari tingkat atas kilang pakaian dua tingkat itu sebelum merebak ke kilang pembuat alat gantian kenderaan yang terletak bersebelahan," kata beliau.

Beliau berkata bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan ekoran tiada orang bekerja ketika kejadian.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, katanya.
Kilang Terbakar, Bomba

Artikel Lain