Remaja Terbiar Dibenar Keluar Dari Hospital - Semasa | mStar

Remaja Terbiar Dibenar Keluar Dari Hospital

Muhammad Firdaus Dullah.
SEREMBAN: Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui dalam keadaan terbiar dibenar keluar dari Wad Kanak-Kanak Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini pagi tadi.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan, Abdullah Hanapi berkata remaja kurang upaya berkenaan dibenarkan keluar kira-kira 9.40 pagi dan kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban bagi membolehkan JKM mendapatkan perintah hak penjagaan dan perlindungan sementara ke atasnya.
 
"Selepas ini Firdaus akan ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah dan sepanjang tempoh itu, pegawai JKM akan menyediakan laporan sama ada Firdaus akan ditempatkan secara kekal atau tidak di situ," katanya.

Muhammad Firdaus ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2, Nilai pada 21 Jun lepas.

Abdullah berkata dalam tempoh sebulan penjagaan sementara itu, pihaknya juga akan mencari waris terdekatnya yang akan menjaga Firdaus.

"Jika tidak ada, kita juga akan mendapatkan perintah tetap mahkamah untuk menempatkan Firdaus di Taman Sinar Harapan," katanya.

Sementara itu beliau berkata kutipan Tabung Haji Muhammad Firdaus yang dibuka khas bagi membantu remaja berkenaan mengumpul lebih RM85,000 setakat 16 Julai lepas.

Ketua Jabatan Dietetik HTJ, Basmawati Baharom berkata keadaan Firdaus kini bertambah sihat.
 
"Dia kini boleh makan dengan baik. Dia tidak lagi memerlukan makanan khas. Dia sudah boleh makan sayur dan buah. Sekarang berat badannya ialah 22 kilogram bertambah lebih lapan kilogram berbanding 15 kilogram ketika dia mula dimasukkan ke hospital," katanya.

Pengarah Imigresen Negeri Sembilan, Faizal Fazri Othman sebagai orang pertama yang menemui remaja terbiar itu bersyukur kerana Muhammad Firdaus semakin sihat.
 
"Saya turut gembira dengan keadaannya sekarang," katanya.
 

remaja terbiar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Istana Terbuka Seri Menanti 1 Syawal

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain