suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat Kawasan Catat IPU Sederhana Setakat 8 Pagi Ini

KUALA LUMPUR: Empat kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 90, iaitu tahap sederhana setakat 8 pagi ini.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan berkenaan ialah Seberang Jaya Dua di Pulau Pinang (99), Sungai Petani (97), Taiping (95) dan Pelabuhan Klang (91).

Sementara itu, sebanyak 13 kawasan merekodkan bacaan IPU baik.

Antaranya, Jerantut (41), Langkawi (49), Sandakan (39), Tawau (28), Kuala Terengganu (33) dan Labuan (36).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat)
dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

IPU

Artikel Lain