Membeli-Belah Persiapan Raya Saat Akhir Di Kedai mStar

Pelbagai koleksi sempena Aidilfitri turut ditawarkan menerusi Kedai mStar.
PETALING JAYA: Bagi anda yang masih belum membeli-belah untuk persiapan Aidilfitri kerana komitmen kerja, selain sememangnya gemar membeli di saat akhir, portal online tempatan terkini, Kedai mStar menawarkan pelbagai produk hanya di hujung jari.

Anda juga tidak perlu bersusah payah pergi ke butik atau pasar raya kerana keadaan pastinya sesaknya.

Hanya tinggal empat hari sahaja lagi, umat Islam di Malaysia akan meraikan 1 Syawal.

Justeru, Kedai mStar menawarkan lebih 10,000 produk seperti pakaian, kasut, beg dan aksesori daripada lebih 50 jenama terkemuka. 

Ia boleh diakses dengan melayari kedai.mstar.com.my.

Kedai mStar ditubuhkan melalui kerjasama di antara mStar Online, sebuah portal berita bahasa Melayu milik Star Publications Berhad dan ShopStylers Sdn. Bhd., satu daripada rangkaian gabungan terawal di Malaysia.



Kerjasama ini membantu memberi pengalaman membeli-belah terbaik kepada semua pembaca mStar Online.

Portal beli-belah ini hasil usahasama dengan banyak kedai online terpilih untuk memberi pelbagai pilihan dalam fesyen Muslimah di Malaysia.

Menerusi portal tersebut, anda boleh memilih pakaian raya kegemaran anda dengan harga yang berpatutan.

Bayangkan sambil berehat di rumah, anda sudah boleh membuat pembelian produk diingin dengan melayari laman web tersebut.

Tudung Two Tone dari Lemari Maya.


Semuanya dapat dilakukan dengan pantas tanpa perlu berpanas dan bersesak-sesak.

Bagi anda yang masih tercari-cari persiapan Raya yang sesuai, Kedai mStar turut meletakkan beberapa produk kegemaran editor fesyen untuk layaran anda.

Antara tudung yang menjadi pilihan editor fesyen adalah shawl two tone dari Lemari Maya yang berhargar RM49 (http://tr.styles.my/?type=deeplink&id=90&media=4) dan shawl Ezli Tooba Scale, RM69 (http://tr.styles.my/?type=deeplink&id=93&media=4).

Shawl Ezli Tooba Scale.

Selain itu, bagi anda yang ingin mencari baju kurung bertemakan warna merah jambu pada tahun ini, baju kurung dari Bahija antara yang harus disambar kerana harganya berbaloi iaitu RM140 setiap satu selepas diskaun. (http://tr.styles.my/?type=deeplink&id=88&media=4)

Baju kurung Pahang dari Bahija.

Untuk melengkapkan persalinan raya anda, apa kata jadikan beg Armis dari Taq & Rissa yang berharga RM129 sebagai pilihan untuk digayakan ketika bertandang ke rumah terbuka. (http://tr.styles.my/?type=deeplink&id=91&media=4)

Beg Armis dari Taq & Rissa.

Jadi apa tunggu lagi, layari laman web terkini yang disediakan khusus untuk pembaca setia mStar Online dengan harga yang berpatutan sempena Hari Raya Aidilfitri. 

Selamat Membeli-Belah!










Kedai mStar, mStar Online

Artikel Sebelum

Ayam Jamin Halal Di Pasar Raya Utama

Artikel Berikut

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain