Agensi Berita AP Tersilap 'Tweet' Pesawat Bawa Mayat MH17 Terhempas - Semasa | mStar

Agensi Berita AP Tersilap 'Tweet' Pesawat Bawa Mayat MH17 Terhempas

PETALING JAYA: Agensi berita The Associated Press (AP) pada Rabu melakukan kesilapan besar apabila tersalah tweet sehingga menimbulkan kekecohan di laman sosial itu apabila mengatakan pesawat Belanda yang membawa mayat mangsa nahas Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 terhempas di Belanda.


AP menyiarkan tweet “BREAKING: Dutch military plane carrying bodies from Malaysia Airlines Flight 17 crash lands in Eindhoven(“TERGEMPAR: Pesawat tentera Belanda yang membawa mayat nahas Penerbangan Malaysia MH17 terhempas di Eindhoven”).

Status Twitter itu kemudiannya diulang Tweet (retweet) oleh pengikut laman sosial berkenaan kira-kira 3,851 kali.

Pesawat tentera Belanda yang dimaksudkan sebenarnya selamat mendarat di lapangan terbang Eindhoven, selatan negara itu.

Menerusi laman Twitter rasmi AP, status berkenaan mendapat kritikan antaranya pemilik akaun Dejavucook (@dejavuccok) berkata: "You are so stupid/you just wrote 'crash lands' (Anda sangat bodoh/anda baharu sahaja menulis 'terhempas').

AP membuat penjelasan mengenai berita pesawat Belanda yang membawa mayat mangsa nahas MH17 tiba di Eindhoven. 

 

AP bagaimanapun mengeluarkan kenyataan terbaharu selepas itu dengan menjelaskan pesawat Belanda yang membawa mayat mangsa nahas MH17 itu selamat mendarat di Eindhoven.

Pesawat MH17 dalam penerbangannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada Khamis lalu terhempas dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine menyebabkan kesemua 298 penumpang dan anak kapal terbunuh.

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain