suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Permaisuri Serah Sumbangan Aidilfitri Kepada Anak Yatim

Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah (kiri) berkenan menyampaikan sumbangan kepada 200 anak yatim dan 20 pelajar tahfiz Kuala Nerang di majlis Penyampaian sumbangan hari raya kepada anak-anak yatim dan majlis berbuka puasa anjuran Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah di Grand Alora Hotel di Alor Setar, Rabu. Foto BERNAMA

ALOR SETAR: Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah pada Rabu berangkat untuk menyampaikan sumbangan dan kurniaan Hari Raya Aidilfitri kepada anak-anak yatim anjuran Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH) di sini. 

Pengurus YAYSH, Halimah Abdul Hamid berkata, 200 anak yatim yang terpilih itu adalah yang tidak tinggal di pusat perlindungan atau rumah anak-anak yatim. 

Pada majlis berkenaan Seri Paduka menyampaikan sumbangan berbentuk baucer pakaian hari raya, bungkusan buah kurma, hamper serta sumbangan duit raya. 

Turut hadir pada majlis itu, anggota Lembaga Pengarah YAYSH, Datuk Rosli Awang dan Mufti Kedah Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad. 

Selepas menyampaikan sumbangan, baginda turut berbuka puasa bersama anak-anak yatim berkenaan. 


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain