suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MH17: Siaran Langsung Sidang Parlimen Tergempar

KUALA LUMPUR: Sidang Parlimen tergempar bagi membentangkan usul mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan ke atas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 akan disiarkan secara langsung di TV1, Rabu ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata siaran langsung sidang Parlimen tergempar berkenaan akan bermula pada 10 pagi Rabu, 23 Julai.

"Mari saksikan bersama-sama siaran langsung sidang Parlimen tergempar bagi membentangkan usul mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan ke atas MH17 pada 23 julai 2014 bermula jam 10 pagi di TV1 atau layari http://m.rtm.gov.my/," katanya di laman facebook beliau pada Isnin.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perutusan khas nahas MH17 Khamis lepas berkata beliau memutuskan untuk memanggil sidang Parlimen tergempar bagi membentangkan usul mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan ke atas pesawat tersebut.

Pesawat MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine, berdekatan sempadan Rusia pada Khamis.

Pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat Boeing 777-200 itu ditembak jatuh namun sehingga kini tiada pihak yang tampil mengaku bertanggungjawab.
MAS, MH17

Artikel Lain