suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PAS Nafi Setuju Azizah Ganti Khalid

PETALING JAYA: PAS menegaskan bahawa parti itu tidak pernah bersetuju sekiranya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad berkata, parti itu masih belum mencapai kata sepakat mengenai perkara berkenaan namun menegaskan bahawa beliau berkongsi pendirian yang sama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hadi dilaporkan memihak kepada Tan Sri Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar sehingga tempohnya berakhir.

"PAS Selangor tidak pernah bersetuju untuk menggantikan Khalid dengan Wan Azizah... kita masih belum membuat keputusan mengenai perkara ini," demikian menurut Iskandar melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS).

Bagaimanapun Adun Chempaka itu juga mengelak ketika ditanya sama ada parti itu memihak kepada Adun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR.

"Kami berkongsi pendirian yang sama dengan Presiden PAS. Itu sahaja yang boleh saya katakan sekarang. Kami telah diarahkan untuk tidak mengeluarkan kenyataan mengenai perkara ini," katanya.

Artikel Lain