suria

MH17: Pasukan Penyelamat Temui 251 Mayat

KIEV: Pasukan penyelamat menemui 251 mayat dan 86 cebisan badan di lokasi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 terhempas, demikian menurut wakil kerajaan Ukraine.

Menerusi kenyataan, jawatankuasa penyiasat bencana berkata keretapi pertama di mana mayat hampir 200 mangsa nahas MH17 ditempatkan sebelum memulakan perjalanan tersangkut di stesen di bandar Torez kerana 'laluan keluar disekat kumpulan pengganas'.

Pesawat MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine, berdekatan sempadan Rusia pada Khamis.

Pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat Boeing 777-200 itu ditembak jatuh namun sehingga kini tiada pihak yang tampil mengaku bertanggungjawab.
Kiev, MAS, MH17, Ukraine

Artikel Lain