suria

KL Raya Fest 2014 Himpun Usahawan Dalam Talian

PETALING JAYA: Penganjuran KL Raya Fest 2014 yang menghimpunkan usahawan dalam talian seluruh negara bawah satu bumbung menyasarkan 100,000 pengunjung dalam masa dua hari, bermula Sabtu.

Festival yang diadakan bukan bertujuan mengaut keuntungan semata-mata itu bakal berlangsung di Dewan Tun Razak 3, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 19 dan 20 Julai ini, bermula pukul 10 pagi sehingga 10 malam.

Lebih penting lagi, sebahagian hasil jualan akan disumbangkan kepada Tabung Amal KL Raya Fest untuk disalurkan kepada badan amal Love Kemboja, Love Tanzania, dan Love Rohingya.

Penganjuran KL Raya Fest 2014 dicetuskan daripada sekumpulan penggiat fesyen yang diketuai Kimi Iskandar Ismail dan Yusri Ismail di bawah label Mood Republik.

Menerusi program ini, RM100,000 kutipan amal turut disasarkan daripada vendor terbabit.

Peminat fesyen muslimah berpeluang memperoleh kelengkapan Syawal kerana mereka tidak perlu ke pelbagai lokasi berbeza bagi mendapatkan jenama-jenama pilihan.

Festival itu juga menghimpunkan pelbagai jenama perniagaan dalam talian daripada fesyen lelaki, wanita, dan kanak-kanak, beg tangan, aksesori hingga kepada makanan, serta produk kecantikan.

Tambah meriah lagi, ia turut mengetengahkan usahawan dalam talian yang membawa jenama daripada selebriti terkenal tanah air dengan seperti Heliza Helmi, Yatt Hamzah, Aida Khaleeda, Zoey, Ustaz Don dan Prof. Muhaya.

KL Raya Fest, PWTC

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain