Irene dan George Burrows dari Biloela, kira-kira tujuh jam perjalanan ke utara Brisbane, kehilangan anak, Rodney dan menantu, Mary, apabila Penerbangan MH370 yang dinaiki mereka untuk ke Beijing, hilang pada 8 Mac lalu.
Hari ini, cucu tiri perempuan mereka Maree dan suaminya Albert Rizk, dilapor antara 27 rakyat Australia yang menaiki Penerbangan MH17 yang terhempas di timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia, Khamis.
Rizk, seorang ejen hartanah dan isterinya yang tinggal di Sunbury, Melbourne dilapor dalam perjalanan pulang ke Australia selepas bercuti selama sebulan di Eropah.


