suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MH17 Diarah Terbang Rendah - MAS

SEPANG: Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 diarah terbang pada ketinggian 33,000 kaki ketika memasuki ruang udara Ukraine sebelum ditembak jatuh pada Khamis.

Pengurus Perhubungan Media dan Komunikasi MAS, Khairunnisak Dzun Nurin berkata, arahan terbang pada ketinggalan tersebut ditentukan oleh pusat kawalan udara negara berkenaan.

"MH17 memfailkan rancangan penerbangan bagi meminta kebenaran untuk terbang di ruang udara pada ketinggian 35,000 kaki.  Ia berhampiran dengan ketinggian 'optimum'.

"Walau bagaimanapun apabila MH17 memasuki ruang udara Ukraine, pesawat itu diarahkan oleh pusat kawalan trafik udara untuk terbang pada 33,000ft," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Berhubung dakwaan pesawat MH17 yang dikatakan terbang memasuki zon konflik, MAS sekali lagi menafikan perkara tersebut.

"Pada April lalu, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa  (ICAO) mengenal pasti Semenanjung Crimean sebagai zon berisiko.

"Namun tidak ada pada mana-mana ketika MH17 memasuki kawasan itu. MH17 pada setiap masa menggunakan laluan yang diluluskan oleh ICAO," katanya.

Tambah Khairunnisak, selepas insiden MH17 ditembak jatuh, MAS kini mengubah laluan tanpa melalui ruang udara Ukraine namun terbang lebih jauh ke selatan Turki.
MH17, MAS, ICAO

Artikel Berikut

Artikel Lain