PM Terima Panggilan Ban Ki Moon, Putin Ketika Berbuka Puasa - Semasa | mStar

PM Terima Panggilan Ban Ki Moon, Putin Ketika Berbuka Puasa

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bercakap dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon ketika hadir di majlis Berbuka Puasa bersama Media di Angkasapuri, malam Jumaat. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menghadiri majlis berbuka puasa bersama-sama blogger dan pengamal media dalam talian, dilihat hanya sempat menjamah buah kurma sahaja apabila menerima panggilan beberapa pemimpin dunia susulan nahas pesawat Malaysia Airline (MAS) Penerbangan MH17 di Ukraine.

Sebaik sahaja berbuka puasa di perkarangan Masjid Al-Muhammadi, Angkasapuri di sini, perdana menteri menerima panggilan daripada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon.

Najib dilihat bercakap mengenai tragedi MH17 itu kira-kira 10 minit dengan Ban, sebelum beliau menunaikan solat Maghrib.

Selesai menunaikan solat Maghrib, beliau menerima panggilan daripada Presiden Rusia Vladimir Putin pula.

Pada mulanya, Najib dijadualkan membuat perutusan khas mengenai MH17 menerusi RTM1 pada 8.10 malam tadi, namun terpaksa menangguhkannya ke 11 malam ini berikutan panggilan beberapa pemimpin dunia itu.

Terdahulu, ketibaan Najib disambut warga kerja Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang diketuai menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Turut hadir Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh.

Pesawat MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal adalah dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia. 

Ia berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Netherlands) Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat.

Artikel Sebelum

MH17: PM Ukraine Jamin Siasatan Adil

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?