suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MH17: Timur Ukraine Diisytihar Zon Larangan Terbang

BRUSSELS: Pihak berkuasa Ukraine pada Khamis mengisytiharkan kawasan timur negara itu sebagai zon larangan terbang selepas pesawat penerbangan Malaysia (MAS) membawa 298 penumpang terhempas di wilayah itu, kata Badan Keselamatan Penerbangan Eropah, Eurocontrol.

Syarikat penerbangan Eropah dan Amerika Syarikat mengubah laluan penerbangan mereka selepas Kiev mengesahkan pesawat MAS MH17 ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah pada Khamis.

Seorang pegawai Amerika Syarikat berkata penganalisis perisikan percaya ia ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu permukaan ke udara.

"Sejak insiden itu, pihak berkuasa Ukraine memaklumkan Eurocontrol mengenai penutupan laluan dari kawasan itu sehingga ke altitud di Timur Ukraine.

"Kesemua pesawat yang merancang untuk terbang menggunakan laluan itu kini disekat oleh Eurocontrol. Laluan itu akan ditutup sehingga diberitahu kelak," menurut satu kenyataan.

Menurut maklumat Eurocontrol, pesawat tersebut terbang pada kedudukan 33,000 kaki apabila ia hilang dari radar.

MH17, MAS, Eurocontrol

Artikel Lain