suria

MH17: Aktivis, Saintis Ke Persidangan AIDS Di Melbourne

SYDNEY: Sebahagian penumpang menaiki pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine dalam perjalanan untuk menghadiri Persidangan AIDS Antarabangsa ke-20 di Melbourne, kata seorang pegawai pada Jumaat.

"Doa dan harapan kami bersama dengan keluarga mangsa nahas penerbangan #MH17. Sebahagian penumpang dalam perjalanan untuk menghadiri #AIDS2014 di sini #Melbourne," tulis Pengarah Eksekutif UNAIDS, Michel Sidibe dalam Twitternya.

Penyelidik terkemuka AIDS dan bekas Presiden Persatuan AIDS Antarabangsa, Joep Lange dipercayai menaiki pesawat tersebut yang dipercayai ditembak jatuh di Ukraine mengakibatkan 298 penumpang terkorban.

Joep Lange.


Amanah AIDS Kebangsaan Australia mengucapkan takziah kepada Lange.

"Joep Lange dilaporkan maut dalam nahas pesawat penerbangan Malaysia yang terhempas hari ini dengan beberapa saintis lain dalam perjalanan ke @AIDS_conference. Berita yang menyedihkan," katanya dalam Twitter.

Ahli akademik dari Amerika Syarikat dan aktivis AIDS, Gregg Gonsalves dalam Twitternya berkata, 'ramai penyelidik AIDS, aktivis, pegawai menaiki pesawat MAS yang terhempas itu dalam perjalanan untuk menghadiri persidangan AIDS Antarbangsa,' antaranya Lange.
Joep Lange, MH17, MAS

Artikel Lain