suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kematian Nik Aziz Sekadar Berita Palsu

Nik Aziz Nik Mat
PETALING JAYA: Media sekali lagi menjadi mangsa fitnah politik pihak tidak bertanggungjawab, termasuk yang terbaharu dengan penyebaran berita palsu berhubung kematian bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sekitar pukul 1 pagi Jumaat, media dikejutkan dengan berita palsu kononnya Nik Abdul Aziz meninggal dunia akibat kompilasi jantung di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Berita palsu berkenaan disebarkan menerusi dua versi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) menggunakan singkatan bagi Utusan Malaysia dan Harakah.



Bagaimanapun, berita berkenaan dinafikan anak tokoh veteran PAS itu, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

"Ayahanda sihat banyak. Tak sihat sikit. Doakan #LailatulQadr untuknya dan kita semua," demikian tulis Nik Abduh menerusi akaun Twitter miliknya pada pukul 2.22 pagi Jumaat.

Sementara itu, sekitar pukul 8.40 pagi Jumaat, pihak PAS mengeluarkan gambar terbaharu Mursyidul Am parti itu sedang membaca akhbar di HUSM berhubung insiden pesawat MH17 ditembak jatuh di Ukraine.

Malah, Nik Abdul Aziz turut mengeluarkan kenyataan bertulis menggesa supaya siasatan terpeinci dilakukan mengenai tragedi itu.

"Dari wad HUSM, saya membaca berita berkenaan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang diberitakan ditembak di Ukraine yang melibatkan kematian 23 orang rakyat Malaysia.

"Takziah saya rakamkan kepada keluarga mangsa yang terlibat. Jika benar ia merupakan serangan sebagaimana dilaporkan, ia wajib dikutuk dan diambil tindakan," katanya.


Artikel Lain