17 Julai 2014, Memulakan Penghijrahan Baharu Kami - Mangsa Nahas - Semasa | mStar

17 Julai 2014, Memulakan Penghijrahan Baharu Kami - Mangsa Nahas

TINGGAL KENANGAN... Ariza bersama suami dan empat anaknya. - sumber Facebook Ariza Ghazalee.

PETALING JAYA: '17 Julai 2014, memulakan penghijrahan baharu kami, Alhamdulillah.' Itu antara posting terakhir yang dimuat naik salah seorang penumpang penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine pada Khamis.

Pemilik Facebook (FB) berkenaan, Ariza Ghazalee, 47, menaiki pesawat tersebut bersama suaminya, Tambi Jiee, 49, dan empat anak mereka, Mohd Afif, 19, Mohd Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, serta Mohd Afruz, 13.

Lebih menyedihkan, Ariza turut memuat naik gambar beberapa bagasi mereka di laman sosialnya ketika transit di Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam.

Keluarga yang berasal dari Kuching, Sarawak itu dilaporkan dalam perjalanan balik dari Kazakhstan, seterusnya transit melalui Amsterdam antara 298 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat MH17.

Mereka dipercayai berangkat dari Kazakhstan, lokasi suami Ariza yang juga seorang kakitangan Shell, bekerja selama tiga tahun.

Antara posting terakhir Ariza di Facebook miliknya.

Anak sulung mereka merupakan seorang pelajar di Kolej Taylor Kuala Lumpur, manakala tiga lagi bersekolah di Kazakhstan.

Keluarga itu dilaporkan kembali semula ke Malaysia kerana Tambi dipindahkan ke ibu pejabat Shell di Kuala Lumpur.

Terdahulu, ibu Ariza, Jamillah Noriah Abg Anuar, memberitahu mereka sekeluarga merancang untuk pulang beraya sebelum Tambi melaporkan diri bekerja di ibu negara.

Jamillah, 72, berkata, dia dimaklumkan mengenai tragedi itu kira-kira pukul 1.30 pagi apabila dikejutkan oleh ahli keluarganya.

"Saya sedang tertidur. Saya menerima panggilan telefon dari anak-anak saya, mengatakan mereka berada di luar rumah saya.

Jamillah menunjukkan gambar Ariza bersama keluarganya. - foto ZULAZHAR SHEBLEE/THESTAR.

"Mereka beritahu saya mengenai nahas itu. Saya menangis. Apa lagi yang mampu saya lakukan," katanya.

Jamillah berbual dengan Tambi dan keluarganya beberapa jam sebelum pesawat tersebut dilaporkan terhempas.

"Mereka menghubungi saya dari Amsterdam. Sebelum memasuki pesawat, mereka hubungi saya. Tiada yang pelik. Ia perbualan normal," katanya.

Jamillah berkata, Ariza teruja untuk menaiki pesawat yang dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada pukul 2 petang Jumaat.

"Mereka pulang ke Kuching tiga hingga empat kali setahun. Kebiasaannya mereka tinggal di Kuala Lumpur untuk beberapa hari. Kali ini, mereka terus balik ke Kuching," katanya.

Ariza bersara awal untuk menemani suaminya ke Kazakhstan.

Menurut ahli keluarga mangsa, Ariza merupakan seorang jurutera terlatih dan pernah berkhidmat bersama Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).




MH17 , MAS , Ariza Ghazalee

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kematian Nik Aziz Sekadar Berita Palsu

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain