suria

Sindiket Seludup Kereta Tumpas

Sebahagian kereta yang diserah kepada PDRM di Balai Polis Bukit Kayu Hitam, Kedah.

KUALA LUMPUR: Satu sindiket curi kenderaan berjaya dipatahkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam 'Ops Mewah Klang Selatan' pada 3 Julai lalu.

Dalam serbuan di Taman Klang Jaya oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bahagian Risikan/Operasi (D4), dua lelaki berusia 20-an ditahan ketika cuba melarikan diri, dan seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau.

"Pemeriksaan ke atas gudang itu telah membawa kepada penemuan empat  kenderaan iaitu dua jenis Toyota Vellfire dan dua jenis Toyota Fortune yang dilaporklan curi sebelum ini.

"Kami percaya semua kenderaan ini sedang menunggu giliran untuk dimasukkan ke dalam kontena sebelum diseludup keluar dari Malaysia.

"Polis juga menemui sebuah kontena kosong dalam kawasan gudang itu.

"Hasil soal siasat, suspek mengaku berperanan sebagai joki mengambil dan menghantar kenderaan dalam kontena.

"Siasatan lanjut juga mendapati kemungkinan dua kontena yang berisi kenderaan curi telah diseludup keluar dari Malaysia," jelas Pengarah JSJ, Datuk Seri Mohmad Salleh pada sidang media pada Jumaat.

Selain itu Polis Diraja Thailand menyerah kenderaan curi kepada Bahagian Risikan/Operasi/rekod (D4) di Balai Polis Bukit Kayu Hitam pada 5 Julai lalu.

Sebanyak lapan buah kenderaan jenis BMW, Honda Accord, Mercedes, Toyota Camry, Mini Cooper, Toyota Estima, Honda Civic, dan Toyota Harrier.

Semua kenderaan ini dipercayai diseludup masuk ke negara jiran melalui jalan darat dengan mengaburi mata pihak berkuasa Malaysia dan Thailand.

serah kereta, thailand

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain