"Tidak! Tidak Mungkin Untuk Kali Kedua...Ya Allah Ya Tuhanku...!" - Semasa | mStar

"Tidak! Tidak Mungkin Untuk Kali Kedua...Ya Allah Ya Tuhanku...!"

BELUM pernah dalam sejarah penerbangan awam dunia, dua pesawat dari model yang sama dan dari sebuah syarikat penerbangan yang sama musnah dalam tempoh empat bulan. Dan jika dicantum jumlah mangsa yang terkorban akibat malapetaka ini, ia adalah satu rekod dunia malah yang terburuk dalam sejarah penerbangan awam dunia. Malah Dunia pun tiada jawapan kepada bencana yang menimpa Syarikat Penerbangan Malaysia ini.

Akan tercatat dalam sejarah, dalam tempoh empat bulan sahaja, MAS kehilangan 534 pelanggan dan kakitangan dengan 239 orang dari pesawat MH370 yang hilang di Lautan Hindi sehingga kini tidak dapat dikesan dan dijejaki.

Sesungguhnya cabaran dan dugaan yang sedang dihadapi oleh MAS adalah sangat-sangat luar biasa dan memerlukan kesabaran yang tinggi untuk dipikul.

Jika kita di luar MAS berasa gundah, resah dan gelisah, apatalah lagi mereka yang berada di dalam syarikat itu.

Pesawat Boeing 777-200 milik MAS 

Seorang bekas kakitangan MAS yang dikenali penulis menangis teresak-esak sebaik sahaja berita mengenai tragedi ini muncul di kaca televisyen.

"Tidak!Tidak mungkin untuk kali kedua...Ya Allah Ya Tuhanku..," katanya sambil menutup muka dengan kedua-dua belah tangan.

Itu airmata dari bekas kakitangan MAS, apatah lagi mereka yang masih berkhidmat.

Dalam kes ini, bukan sahaja MAS tetapi Malaysia sebagai sebuah negara sedang sengsara dan kebigungan menghadapi krisis kedua yang melanda syarikat penerbangan kebangsaan dalam tempoh tidak sampai lima bulan.

Pada 8 Mac lalu, MAS turut kehilangan pesawat dari model yang sama dan kehilangannya itu masih tidak ditemui sehingga ke saat ini sekaligus menjadikannya misteri antarabangsa paling dahsyat.

Bukan sahaja ia tidak ditemui malah secebis serpihan daripada bangkai pesawat tersebut pun tidak dapat dikesan.

Petanda di mana ia terhempas atau menghilang pun masih menjadi teka-teki yang tidak terjawab.

Kemudian insiden terbaru yang berlaku di Ukraine pada Khamis lagi menyayat hati. Kesemua 295 penumpang dan anak kapal terkorban dalam sekelip mata apabila pesawat dari model yang sama dan milik syarikat penerbangan yang sama hancur musnah jatuh terhempas di kawasan konflik antara etnik Rusia Ukraine dengan kerajaan pusat pimpinan etnik Ukraine.

Teori yang diperkatakan oleh semua orang ialah ia musnah ditembak menggunakan roket tapi tiada siapa pun yang tampil mengakui bertanggungjawab melakukannya atau pun dilihat melakukannya.

Sejak malam semalam sehinggalah ke saat ini, semua stesen televisyen tempatan dan antarabangsa iaitu dari CNN, BBC sehinggalah ke Al Jazeera tidak henti-henti menyiarkan program temubual khas untuk membicarakan tragedi yang menimpa pesawat MAS ini.

MAS untuk kali yang keduanya menjadi topik bualan paling panas semua agensi berita, media dan televisyen dunia.

Belum pernah dalam sejarah syarikat penerbangan ini, ia menerima liputan yang begitu meluas dan menjadi bahan berita utama dunia sebanyak dua kali dalam tempoh beberapa bulan.

Tetapi apa yang pasti ialah, syarikat penerbangan yang kini sedang nazak dan berhadapan dengan kemungkinan diisytihar bankrap sebagai jalan terbaik untuk memulihkannya semula perlu berhadapan dengan satu lagi kisah sedih, pahit dan malang serta perhatian dunia ekoran insiden kedua yang menimpanya.

Persoalan paling besar yang kini menjadi tanda tanya ialah bagaimanakah malapetaka seperti ini melanda sebuah syarikat penerbangan yang rekod perkhidmatannya adalah antara yang terbaik dan cemerlang di dunia dalam tempoh masa yang begitu singkat.

Percayalah, jawapannya akan terus diperdebatkan sehingga ke akhir masa...

MH17 , MAS

Artikel Sebelum

MH17: Ukraine- Rusia Saling Tuding Jari

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain