Anggota Keselamatan Waspada Tangani Sebarang Ancaman Kumpulan Bersenjata Sulu - Semasa | mStar

Anggota Keselamatan Waspada Tangani Sebarang Ancaman Kumpulan Bersenjata Sulu

Jalaluddin Abdul Rahman.

KOTA KINABALU: Pasukan keselamatan Malaysia berada dalam keadaan waspada bagi menangani sebarang kemungkinan berlakunya serangan yang dilancarkan oleh kumpulan bersenjata Sulu di Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata pasukan keselamatan kini bersiap sedia untuk menangani apa jua keadaan.

"Pada masa sama, rakyat Sabah sepatutnya tidak mengendahkan khabar angin yang tersebar bertujuan untuk mencetuskan kebimbangan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Jalaluddin berkata situasi di Sabah terutamanya dalam Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone), adalah aman dan terkawal.

Kenyataan itu dibuat berikutan surat yang dihantar kepada anggota keselamatan di pantai timur Sabah yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.

Surat tersebut memaklumkan anggota keselamatan supaya berwaspada susulan laporan sekurang-kurangnya dua kumpulan bersenjata Sulu sedang berusaha untuk memasuki Sabah.

Satu lagi, mesej WhatsApp yang diedarkan secara meluas menyatakan bahawa seramai 17,000 lelaki bersenjata Sulu sudah berada di Sabah dan bersedia untuk melancarkan serangan.

Jalaluddin Abdul Rahman , Sabah , Sulu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tujuh Ahli SUPP Cabar Keputusan ROS

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Boo anjing paling comel di dunia mati