suria

Permintaan Agar-Agar Gulung Meningkat

Fauziah menunjukkan agar-agar gulung yang digemari pada bulan Ramadan.
JOHOR BARU: Penjualan agar-agar gulung di sini meningkat sepanjang bulan Ramadan terutamanya dari pelanggan di Singapura.

Pemilik Gee Home Made Cookies, Fauziah Ahmad berkata, kebanyakan pelanggan yang membeli agar-agar gulung itu adalah dari Singapura.

"Mereka berkata agak sukar mencari manisan tradisi Bugis itu disana.

"Kira-kira 90 peratus daripada pelanggan saya datang dari Singapura dan permintaan dari sana telah meningkat," katanya.

Jualan dijangka melonjak sebaik saja lebih ramai pelanggan dari negara jiran itu tahu manisan ini dijual di sini.

Fauziah berkata demikian di gerainya di Kotaraya@Galleria di sini.

Beliau membeli agar-agar tersebut dari sebuah perkampungan Bugis di Pekan Nenas di sini.

Katanya, manisan itu mengambil masa selama dua hingga tiga jam untuk disiapkan.

"Ini untuk memastikan warnanya benar-benar sekata. Agar-agar itu kemudiannya dibungkus dengan upih kelapa dan diikat dengan tali rafia," katanya.

Fauziah berkata agar-agar itu kemudiannya dikeringkan dibawah cahaya matahari selama empat hari agar gulanya mengeras.

"Agar-agar tradisional itu kebiasaannya dihidang panas dan tidak disimpan di dalam peti sejuk," katanya.

Jelas Fauziah, harga agar-agar gulung itu meningkat kepada RM20 sebatang berbanding RM18 pada tahun lalu.

"Ini kerana peningkatan kos terhadap harga barangan," katanya.
agar-agar gulung

Artikel Lain