suria

Masa Sukar Bagi Doktor

Dr Mahendran: Penutupan 500 klinik merugikan negara.
SEJAK berdekad lalu, kursus perubatan sememangnya pilihan yang popular dengan kelahiran lebih ramai doktor baru menyebabkan klinik tumbuh bak cendawan selepas hujan terutamanya di bandar. Tetapi kini sejak 2004, lebih 500 buah klinik telah ditutup operasinya di sekitar di ibu kota sahaja.

Di seluruh negara pula terdapat lebih 8,500 klinik swasta namun kini jumlah tersebut semakin berkurangan.

Dr Rajamohan Anamalai, 65 tahun, seorang pengamal perubatan berkata, beliau mula membuka Klinik Desa di kilometer 4 Jalan Klang Lama, pada 1984. 

Klinik beliau dibuka enam hari seminggu, dan dia mampu merawat kira-kira 30 orang setiap hari.

"Pada 1980-an, klinik saya satu-satunya klinik yang terdapat di kilometer 4 Jalan Klang Lama. Ketika saya menutup klinik tersebut pada 2006, hanya terdapat 10 orang pesakit yang saya rawat setiap hari.

"Situasi ini menjadi lebih buruk hari ini kerana semakin banyak klinik dibuka di kawasan berhampiran," katanya lagi.

Dr Rajamohan, yang kini bekerja sebagai pegawai perubatan di Jabatan Penjara berkata, membuka klinik di bandar adalah satu tindakan yang tidak berdaya saing kerana terdapat ramai doktor yang membuka klinik di kawasan yang sama.

Beliau berkata, kebanyakan pesakit kini sanggup beratur panjang dan menunggu berjam-jam di klinik kesihatan ekoran kenaikan kos.

Justeru, Dr Rajamohan berharap memperkenalkan Sistem Pembiayaan Perubatan Nasional yang dapat memberikan manfaat kepada pesakit dan pengamal perubatan swasta.

Menurut beliau, sistem tersebut membolehkan pesakit mendapat akses penjagaan yang berkualiti, tanpa mengira umur dan kondisi fizikal.

Beliau menjelaskan bahawa di bawah sistem berkenaan, pesakit boleh memilih doktor, dan apa yang boleh ditukar. Bagaimanapun, sistem berkenaan masih belum dapat dilaksanakan.

"Saya akan menimbangkan untuk membuka semula klinik swasta sekiranya sistem ini berkuat kuasa.

"Apabila sistem penjagaan kesihatan ini dilaksanakan, akan ada garis panduan yang lebih baik dan pesakit akan menerima rawatan yang lebih sempurna," katanya.

Seorang lagi doktor yang enggan dikenali berkata dia telah menutup klinik yang terletak di Bandar Utama kerana ia mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

Beliau kini bekerja di klinik rakannya dan turut melakukan kerja sambilan dalam jualan langsung, yang telah dijamin memberi keuntungan.

"Premis yang terletak di lokasi utama menelan belanja sekitar RM20,000 setiap bulan. Menjalankan klinik  persendirian tidak lagi memberi keuntungan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Organisasi Doktor Primary Care, Dr Mahendran Markandoo berkata 500 buah klinik yang telah ditutup itu dapat digabungkan dengan klinik kerajaan sekiranya Sistem Pembiayaan Perubatan dan Kesihatan Kebangsaan dilaksanakan terlebih awal.

"Sekiranya sistem ini dikuatkuasakan, klinik swasta akan dapat mengendalikan kes kronik dan pesakit tidak perlu menunggu giliran di hospital kerajaan," katanya.

Beliau berkata penutupan 500 buah klinik itu merupakan satu kerugian pada negara.

Beliau turut menggesa kerajaan melaksanakan sistem kupon kepada pesakit yang melawat klinik swasta sementara menunggu Sistem Pembiayaan Perubatan Kebangsaan masih dibincangkan.

Dr Mahendran berkata, pesakit yang berdaftar di primary care akan diambil oleh klinik swasta sementra hospital kerajaan dan swasta akan menjadi pilihan kedua dan ketiga sahaja.

"Kebimbangan kerajaan adalah kenaikan kos. Saya fikir klinik swasta akan dapat membantu kerajaan menjimatkan dan memberikan khidmat yang lebih mesra pelanggan," katanya lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain