suria

Kereta Pembantu Politik Liew Disimbah Cat Merah

PETALING JAYA: Kereta pembantu politik Ahli Parlimen Kluang (Liew Chin Tong), Sheikh Umar Ali disimbah dengan cat berwarna merah dalam insiden yang berlaku di rumah keluarganya di Taman Indah Jaya, Kluang.

Sheikh Umar berkata keretanya diletakkan di luar rumah ketika insiden itu berlaku.

"Saya sentiasa meletakkan kereta saya diluar pagar dan ini pertama kali dalam tempoh 30 tahun kejadian seperti ini berlaku.

"Saya amat kecewa kerana keluarga saya mempunyai hubungan baik dengan penduduk di kawasan ini. Saya berasa terancam," katanya kepada The Star Online.

Sheikh Umar membuat laporan polis di balai polis Kampung Paya.

Pada 30 Jun lalu, beberapa 'anggota keselamatan' tidak membenarkan Liew dan pembantunya melakukan walkabout di bazar Ramadan di Kluang.

Namun, Ketua Pemuda Umno Kluang Datuk Khairul Anuar mengajak Liew melakukan walkabout di bazar tersebut pada 6 Julai lalu.

Sheikh Umar berkata tindakan vandalisme itu mungkin ada kaitan dengan kejadian di bazar Ramadan tempoh hari.

"Saya harap agar orang ramai boleh bersikap lebih matang dan tidak menggunakan cara sedemikian," katanya.

kereta, cat merah, Sheikh Umar Ali

Artikel Lain