suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pos Malaysia Tetapkan Kadar Caj Istimewa Hantar Kad Raya

PETALING JAYA: Kadar caj pengeposan kad raya yang dihantar ke semua destinasi di Malaysia yang ditetapkan pada tahun ini adalah sebanyak 50 sen.

Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) dalam satu kenyataan pada Isnin berkata kadar istimewa tersebut meliputi semua jenis kad ucapan tanpa mengira saiz, bentuk dan warna.

"Pos Malaysia menawarkan kadar caj pengeposan istimewa kad ucapan ini sehingga 31 Julai 2014.

"Kadar caj pengeposan istimewa sebanyak 50 sen ini khas kepada kad ucapan tanpa mengira saiz, bentuk dan warna yang boleh diposkan ke mana-mana destinasi seluruh Malaysia (berat sehingga 50 gram)," menurut kenyataan tersebut.

Pos Malaysia berkata, tahun ini adalah kali kesembilan berturut-turut kadar istimewa 50 sen diberikan kepada pelanggan-pelanggannya.

Katanya, tradisi menghantar kad ucapan ketika musim perayaan masih menjadi amalan rakyat Malaysia walaupun dengan adanya komunikasi digital semasa.

"Tiada yang lebih istimewa selain daripada memberi sentuhan peribadi menerusi kad ucapan.

"Kami ingin mengingatkan pelanggan untuk menulis alamat lengkap dengan jelas pada sampul surat seperti nama penuh penerima, nombor rumah, jalan, poskod dan seumpamanya kerana ini akan membantu proses serahan dilakukan dengan tepat," katanya.

Pelanggan juga dinasihatkan membuat pengeposan kad lebih awal, sebelum 22 Julai agar kad yang dihantar sampai kepada penerima sebelum Aidilfitri.

Artikel Lain