suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bernama Siasat Dakwaan Plagiat Jakarta Globe

KUALA LUMPUR: Bernama akan menyiasat dakwaan petugasnya memplagiat berita mengenai pemilihan presiden Indonesia yang disiarkan Jakarta Globe baru-baru ini.

Ketua Pengarang Bernama, Datuk Zulkefli Salleh berkata agensi berita Malaysia itu memberi perhatian serius terhadap dakwaan itu kerana Bernama memang melarang perbuatan memplagiat dalam penulisan oleh wartawannya.

Beliau berkata dalam dunia kewartawanan, setiap wartawan sewajibnya mengetahui dan faham bahawa perbuatan memplagiat dalam penulisan berita merupakan kesalahan yang tidak boleh dimaafkan.

"Buat waktu ini, wartawan berkenaan digantung tugas sementara siasatan dalaman dijalankan," kata Zulkefli hari ini.

"Tindakan tegas disiplin akan diambil oleh Bernama sekiranya wartawan itu didapati bersalah," tambahnya.
Bernama, Jakarta Globe

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain